
Mengenai penyemak imbas web
Pilih
Menu
>
Internet
.
Dapatkan berita terkini dan lawati laman web kegemaran anda. Anda boleh
menggunakan penyemak imbas web untuk melihat halaman web pada internet.
Penyemak imbas web memampatkan dan mengoptimumkan kandungan web untuk
telefon anda, supaya, anda boleh menyemak imbas web dengan lebih cepat dan
menjimat kos data.
Untuk menyemak imbas web, anda perlu disambungkan ke internet.
Untuk ketersediaan, harga dan arahan, hubungi pembekal perkhidmatan anda.
Anda mungkin menerima tetapan tatarajah yang diperlukan untuk menyemak imbas
sebagai mesej tatarajah daripada pembekal khidmat anda.