
Kod akses
Kod PIN atau PIN2
(4-8 digit)
Ini melindungi SIM anda terhadap penggunaan yang tidak
dibenarkan atau diperlukan untuk mengakses beberapa ciri.
Anda boleh menetapkan telefon anda agar meminta kod PIN
apabila anda menghidupkannya.
10 Penggunaan asas

Jika tidak dibekalkan bersama kad anda atau jika anda terlupa
kod, hubungi pembekal khidmat anda.
Jika anda menaip kod yang salah sebanyak tiga kali berturut-
turut, anda perlu membuka sekatan kod dengan kod PUK atau
PUK2.
Kod PUK atau PUK2
(8 digit)
Ini diperlukan untuk membuka halangan kod PIN atau PIN2.
Jika tidak dibekalkan bersama SIM anda, hubungi pembekal
khidmat anda.
Nombor IMEI
(15 digit)
Ini digunakan untuk mengenal pasti telefon yang sah dalam
rangkaian. Nombor juga boleh digunakan untuk menyekat,
contohnya, telefon yang dicuri. Anda juga mungkin perlu
memberikan nombor ke perkhidmatan Nokia Care.
Untuk melihat nombor IMEI anda, dail *#06#.
Kod kunci (kod
keselamatan)
(min. 5 digit)
Ini membantu anda melindungi telefon anda daripada
penggunaan yang tidak dibenarkan.
Anda boleh menetapkan telefon anda agar meminta kod kunci
yang anda tentukan. Kod kunci lalai ialah 12345.
Pastikan kod keselamatan dirahsiakan dan diletakkan di tempat
yang selamat, berasingan daripada telefon anda.
Jika anda lupa kod kunci dan telefon anda dikunci, telefon anda
akan memerlukan servis. Caj tambahan mungkin dikenakan,
dan semua data peribadi dalam telefon anda mungkin
dipadamkan.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, hubungi Nokia Care atau
wakil penjual telefon anda.