
Hantar mesej
Sentiasa berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan anda dengan menggunakan teks
dan mesej multimedia. Anda boleh melampirkan gambar, video dan kad niaga pada
mesej anda.
Pilih
Menu
>
Pesanan
.
1 Pilih
Buat mesej
.
2 Menulis mesej anda.
3 Untuk menambah lampiran, pilih
Pilihan
>
Masukkan objek
.
4 Pilih
Hntr kpd
.
5 Untuk memasukkan nombor telefon atau alamat mel secara manual, pilih
Nombr
atau e-mel
. Masukkan nombor telefon atau pilih
Mel
, dan masukkan alamat mel.
Untuk memilih penerima atau kumpulan kenalan, pilih
Kenalan
atau
Kumpulan
kenalan
.
6 Pilih
Hantar
.
Petua: Untuk memasukkan aksara khas atau smiley, pilih
Pilihan
>
Masukkan
simbol
.
Menghantar mesej dengan lampiran lebih mahal daripada menghantar mesej teks
biasa. Untuk maklumat lanjut, hubungi pembekal khidmat anda.
Anda boleh menghantar mesej teks yang lebih panjang daripada had aksara untuk
mesej tunggal. Mesej yang lebih panjang akan dihantar sebagai dua atau lebih mesej.
Pembekal khidmat anda boleh mengenakan bayaran yang sewajarnya.
Aksara dengan aksen, tanda lain, atau sesetengah pilihan bahasa, mengambil lebih
banyak ruang, membataskan bilangan aksara yang boleh dihantar dalam satu mesej.
Jika item yang anda masukkan dalam mesej multimedia adalah terlalu besar untuk
rangkaian, peranti mungkin secara automatik mengurangkan saiznya.
Hanya peranti yang serasi boleh menerima dan memaparkan mesej multimedia. Mesej
mungkin nampak berlainan dalam peranti berlainan.