Nokia C2 05 - Terma-terma Penggunaan

background image

Terma-terma Penggunaan
1. Penerimaan

Terma-Terma Perkhidmatan Nokia ini bersama dengan Polisi Privasi dan semua terma-terma dan informasi tambahan lain

yang mungkin dibekalkan dalam Perkhidmatan tersebut (secara kolektif “Terma-Terma”) akan mengawal penggunaan oleh

anda perkhidmatan, laman, kandungan dan (secara kolektif "Perkhidmatan"). Dengan mendaftar untuk atau menggunakan

Perkhidmatan tersebut atau mana-mana bahagiannya anda menerima Terma-Terma ini.

Terma-Terma tersebut merupakan suatu perjanjian di antara anda dengan Nokia Corporation, Keilalahdentie 2-4, 02150 Espoo,

Finland termasuk ahli-ahli sekutunya dan pembekal-pembekalnya (secara kolektif “Nokia”), yang menjelaskan hak-hak dan

tanggungjawab-tanggungjawab anda dan Nokia berkenaan dengan Perkhidmatan tersebut.

2. Kelayakan

Untuk menggunakan Perkhidmatan tersebut, anda mesti berumur sekurang-kurangnya tiga belas (13) tahun. Jika anda

berumur di bawah tiga belas (13) tahun, atau sekurang-kurangnya tiga belas (13) tahun tetapi adalah di bawah umur di mana

anda tinggal, anda mesti mendapatkan persetujuan daripada ibubapa atau penjaga sah anda untuk mendaftar bagi pihak anda

dan menerima penggunaan Perkhidmatan tersebut oleh anda. Sesiapa yang melengkapkan pendaftaran mesti cukup umur di

sisi undang-undang.

3. Pendaftaran dan Penamatan

Untuk mengguna Perkhidmatan tersebut anda mungkin perlu mendaftar dan membuka suatu akaun Nokia dengan nama

pengguna dan kata laluan. Anda mungkin perlu membekalkan kami dengan informasi peribadi atau lain yang tertentu. Nokia

mungkin mengesahkan alamat emel anda sebelum akaun tersebut boleh diguna. Selepas penggunaan pertama alat anda dan

setiap kali anda mengemaskini perisian alat Nokia, suatu mesej teks akan dihantar kepada Nokia. Kewujudan Akaun Nokia

memerlukan penghantaran data. Kos penghantaran data mungkin akan dikenakan.

Anda bersetuju untuk membekalkan informasi yang benar dan lengkap apabila mendaftar untuk Perkhidmatan tersebut dan

untuk memastikan informasi tersebut dikemaskini. Anda mesti berhati-hati untuk melindungi nama pengguna dan kata laluan

anda terhadap penyalahgunaan oleh orang lain dan dengan serta-mertanya memaklum Nokia tentang mana-mana

penyalahgunaan. Anda, dan ibubapa atau penjaga sah anda jika anda tidak cukup umur, bertanggungjawab secara peribadi

untuk sebarang penggunaan Perkhidmatan tersebut.

Anda boleh menamatkan pendaftaran anda jika anda tidak berhasrat untuk mengguna Perkhidmatan tersebut lagi. Selepas

penamatan, anda tidak akan mendapat akses kepada Perkhidmatan tersebut. Nokia boleh menamatkan pendaftaran anda atau

mengehadkan akses anda ke bahagian-bahagian tertentu Perkhidmatan tersebut jika Nokia percaya secara berpatutan bahawa

anda telah melanggari Terma-Terma tersebut atau dengan notis awal jika anda gagal untuk menanda masuk kepada

Perkhidmatan tersebut dengan nama pengguna dalam tempoh enam (6) bulan sebelumnya.

Kecuali seperti yang ternyata dalam Polisi Privasi, Nokia tidak bertanggungjawab untuk sebarang penyingkiran atau kehilangan

informasi atau kandungan yang anda mengemukakan kepada Perkhidmatan tersebut. Apabila informasi atau kandungan

disingikirkan dari Perkhidmatan tersebut oleh samaada anda atau Nokia, kesan-kesan atau salinan-salinan mungkin wujud di

lain-lain tempat.

40 Maklumat produk dan keselamatan

background image

4. Lesen

Nokia memberi kepada anda lesen bukan eksklusif, tidak boleh ditukar-milik, boleh ditarik-balik atas pilihan tunggal Nokia

pada setiap masa, untuk mengakseskan dan mengguna Perkhidmatan tersebut menurut dengan tegasnya kepada Terma-

Terma tersebut. Penggunaan Perkhidmatan tersebut tidak memberikan anda sebarang hak-hak harta intelek selanjutnya dalam

atau kepada sebarang informasi atau kandungan Perkhidmatan tersebut.

Sebagai sebahagian Perkhidmatan tersebut, Nokia mungkin membekalkan anda dengan kandungan yang dihasilkan oleh Nokia

atau pemegang-pemegang lesennya (“Kandungan”). Nokia memberi kepada anda lesen bukan eksklusif dan berterusan untuk

mengguna Kandungan tersebut untuk tujuan yang diniatkan untuknya, kecuali di sebaliknya dihurai dalam Terma-Terma yang

berkenaan atau tempahan pembelian. Sesetengah Kandungan tersebut mungkin hanya tersedia kepada residen sesetengah

kawasan geografi. Anda terikat kepada sebarang had-had yang berkenaan dengan Kandungan tertentu yang anda perolehi

daripada Perkhidmatan tersebut. Sebarang lesen yang diperolehi kepada Kandungan pihak-ketiga adalah perjanjian yang

mengikatkan di antara anda dengan pembekal Kandungan pihak-ketiga tersebut. Anda hanya mempunyai hak-hak kepada

Kandungan tersebut yang diberi secara nyatanya di sini.

Sebagai sebahagian Perkhidmatan tersebut, Nokia mungkin membekalkan anda dengan perisian tertentu yang dihasilkan oleh

Nokia atau pemegang-pemegang lesennya (“Perisian”). Penggunaan Perisian sedemikian oleh anda mungkin tertakluk kepada

terma-terma dan syarat-syarat berasingan yang anda mesti menerima sebelum mengguna Perisian tersebut. Jika tiada terma-

terma dan syarat-syarat berasingan yang terpakai untuk Perisian sedemikian, terma-terma berikut akan terpakai: Nokia

memberi kepada anda suatu hak terhad, bukan eksklusif, tidak boleh dipindah-milik untuk memasang dan mengguna Perisian

sedemikian dalam komputer dan/atau alat mudah-alih anda. Anda dilarang untuk menyalin Perisian tersebut, kecuali untuk

membuat satu salinan arkib ‘backup’. Anda dilarang mengedar, memindah hak untuk mengguna, menukar, menterjemahkan,

menyalin semula, menjual semula, memberi sub-lesen, menyewa, memajak, membina balik, atau di sebaliknya mencuba untuk

mendapatkan kod sumber untuk atau membuat karya-karya derivatif dari Perisian tersebut. Untuk perisian berlesen sumber

terbuka, terma-terma lesen sumber terbuka adalah terpakai.

Perisian tersebut mungkin tertakluk kepada kawalan-kawalan eksport di bawah “U.S. Export Administration Regulations” dan

peraturan-peraturan import dan eksport lain. Anda bersetuju untuk mematuhi semua peraturan-peraturan import dan eksport

yang berkenaan dan mengakui bahawa anda mempunyai tanggungjawab untuk mendapatkan lesen-lesen untuk mengeksport,

mengeksport-semula, memindah, atau mengimport Perisian sedemikian.

Anda mungkin boleh mengemukakan informasi atau kandungan (“Bahan”) kepada Perkhidmatan tersebut. Nokia tidak

menuntut hakmilik kepada Bahan anda. Pengemukaan Bahan anda kepada Perkhidmatan tersebut tidak memindah hakmilik

hak-hak kepada Bahan tersebut kepada Nokia. Nokia hanya memindah Bahan tersebut dan tidak bertanggungjawab untuk

sebarang kawalan editor ke atasnya. Dengan mengemukakan Bahan kepada Perkhidmatan tersebut anda memberi kepada

Nokia lesen seluruh-dunia, bukan eksklusif, yang boleh di sub-lesenkan, diserahhak, dibayar secara penuh, tanpa yuran royalti,

berterusan dan boleh ditarikh-balik untuk mengguna, menyalin, melaksana secara umum, mempamerkan, mengedar dalam

sebarang media dan menukar Bahan tersebut untuk memasukkan Bahan tersebut ke dalam karya-karya lain, dan untuk

memberi sub-lesen yang seakan-akan sama selanjut mana ia adalah perlu untuk Nokia membekalkan Perkhidmatan tersebut.

Anda mungkin boleh mengubahsuai pemberian ini dalam kawalan-kawalan privasi dan lain-lain Perkhidmatan tersebut.

Anda secara tunggalnya bertanggungjawab untuk menyimpan salinan-salinan data ‘backup’ yang anda menyimpan dalam

Perkhidmatan tersebut, termasuk Kandungan yang anda menaikmuat. Jika Perkhidmatan tersebut ditamatkan atau dibatalkan,

Nokia mungkin akan memadam data anda untuk selama-lamanya. Nokia tiada obligasi untuk memulangkan data kepada anda

selepas Perkhidmatan tersebut ditamatkan atau dibatalkan.

5. Menggunakan Perkhidmatan

Anda bersetuju untuk:

Mematuhi semua undang-undang berkenaan, Terma-Terma tersebut dan budi bahasa yang baik;

Mengguna Perkhidmatan tersebut hanya untuk tujuan-tujuan peribadi, tidak bersifat komersial;

Tidak mengemukakan Bahan yang melanggari undang-undang, menjijikkan, tidak tepat, mengelirukan, bersifat kesat,

bersifat lucah, mengganggukan, berunsur fitnah atau dalam cara-cara lain yang tidak sesuai;

Maklumat produk dan keselamatan 41

background image

Mendapatkan sebarang persetujuan, kebenaran atau lesen yang diperlukan di sisi undang-undang untuk anda

mengemukakan sebarang Bahan;

Menghormati privasi orang lain;

Tidak mengedar atau mengepos ‘spam’, fail-fail besar yang keterlaluan, surat-surat rantai, skim-skim piramid, virus-virus;

atau

Tidak mengguna sebarang teknologi lain atau memulakan aktiviti-aktiviti lain yang mungkin merosakkan Perkhidmatan

tersebut, atau kepentingan atau harta pengguna-pengguna Perkhidmatan tersebut.

Tidak mengguna sebarang sistem-sistem atau cara-cara automatik untuk memasuki, memperolehi, menyalin atau

mengawasi mana-mana bahagian perkhidmatan.

Bersetuju untuk bertanggungjawab untuk akibat Bahan yang diposkan oleh anda.

Nokia mungkin tetapi tidak mempunyai obligasi untuk:

Memerhati atau mengawal sebarang Bahan;

Menyingkir sebarang Bahan dari Perkhidmatan tersebut; dan

Mengehadkan akses kepada sebarang bahagian Perkhidmatan tersebut pada mana-mana masa atas pilihan tunggalnya.

6. Kandungan

Sebelum memuat-turun atau mengakses sebarang Kandungan, sila memastikan sama ada Kandungan yang anda ingin

mengakses adalah terhad secara umur atau ditanda kemungkinan ‘menjijikkan’ atau ‘lucah’. Nokia tidak bertanggungjawab

untuk sebarang tuntutan atau kesalahan yang diakibatkan atau dialami oleh anda melalui akses anda kepada Kandungan

sedemikian.

Anda bersetuju:

Untuk mengguna Kandungan tersebut untuk tujuan-tujuan peribadi, tidak bersifat komersial;

Untuk mengguna Kandungan tersebut selaras dengan had-had yang ditentukan dalam undang-undang berkenaan,

terma-terma, garis-garis panduan dan polisi-polisi tambahan atau dalam laman-laman produk yang berkenaan untuk

Kandungan yang tertentu;

Tidak membuat salinan, memberi, menjual, menjual semula, meminjam, menyewa, menawar, menyiar, menghantar,

mengedar, memindah, berkomunikasi kepada orang umum, menyalin semula, menukar, mempamer, melaksana, eksploit

secara komersial atau membolehkan Kandungan disediakan kecuali di sebaliknya diberikuasa dalam Terma-Terma yang

berkenaan dan untuk menasihatkan Nokia dengan serta-merta tentang penggunaan tanpa kebenearan sedemikian;

Tidak menyingkir, memintasi, membina semula, ‘decrypt’, atau di sebaliknya menukar atau menganggu sebarang

kaedah-kaedah pengunaan yang berkenaan atau mencuba untuk memintasi pengurusan hak-hak digital atau menyalin

ciri-ciri perlindungan yang berkaitan dengan Kandungan tersebut atau teknologi-teknologi lain yang diguna untuk

mengawal akses kepada atau mengguna Kandungan tersebut atau informasi yang boleh dikenalpastinya;

Tidak mengguna sebarang sistem-sistem atau cara-cara automatik, kecuali untuk mana yang dibekalkan oleh kami, untuk

pemilihan atau muat-turunan Kandungan tersebut;

Tidak memberi kata laluan anda atau di sebaliknya membenarkan orang lain untuk mengakseskan Kandungan tersebut.

Had-had terpakai untuk penyalinan bagi media berkenaan juga terpakai untuk Kandungan tersebut yang diakseskan

sebagai sebahagian Perkhidmatan ini.

Kandungan tersebut dimiliki dan/atau dikawal oleh Nokia dan/atau pemegang-pemegang lesen masing-masingnya (“Pemilik-

Pemilik Hak”) dan adalah terlindung melalui undang-undang harta intelek. Pembekal Kandungan pihak ketiga

bertanggungjawab dengan tunggalnya untuk mana-mana Kandungan yang dibekalkan olehnya, sebarang jaminan-jaminan

sejauh mana jaminan-jaminan sedemikian belum dilepaskan dan untuk sebarang tuntutan-tuntutan yang anda mungkin ada

berkenaan dengan Kandungan tersebut atau penggunaan Kandungan tersebut oleh anda. Akan tetapi, Nokia mungkin

melaksanakan terma-terma lesen Kandungan pihak ketiga terhadap anda sebagai benefisiari pihak ketiga untuk terma-terma

tersebut. Pembekal Kandungan pihak ketiga adalah benefisiari-benefisiari pihak ketiga di bawah Terma-Terma ini dan boleh

melaksanakan peruntukan-peruntukan yang melibatkan Kandungan secara terus untuk mana mereka mempunyai hak-hak.

42 Maklumat produk dan keselamatan

background image

Nokia mungkin bertindak sebagai agen untuk pembekal Kandungan pihak ketiga untuk membekalkan Kandungan tersebut

kepada anda. Nokia bukan pihak kepada transaksi di antara anda dan pembekal Perkhidmatan pihak ketiga untuk Kandungan

sedemikian.

7. Dakwaan-Dakwaan Langgaran Hakcipta

Anda boleh memaklumkan Nokia tentang pelanggaran hakcipta dalam Perkhidmatan tersebut dengan memberi notis (a)

melalui emel dengan tajuk “Copyright Notification” dalam garisan subjek kepada copyright.notices@nokia.com, (b) melalui

dokumen bertajuk “Copyright Notification” untuk dihantar kepada ‘Nokia, Attn: Copyright Agent, 102 Corporate Park Drive,

White Plains, NY 10604, USA’ atau (c) melalui borang online, jika ada. Notis anda mesti:

1. mengenalpastikan karya asli yang dilindungi hakcipta yang anda mendakwa telah dilanggari;

2. mengenalpastikan kandungan dalam Perkhidmatan tersebut yang anda mendakwa melanggari karya yang dilindngi

hakmilik tersebut. Sila membekalkan butir-butir yang mencukupi supaya Nokia dapat mengesan kandungan yang didakwa

melanggari dalam Perkhidmatan tersebut;

3. membekalkan informasi hubungan anda, termasuk nama penuh anda, alamat pos, nombor telefon, dan alamat emel, jika

ada;

4. membekalkan pernyataan bahawa anda mempunyai kepercayaan suci hati bahawa penggunaan kandungan dalam cara

yang didakwa tersebut tidak diberikuasa oleh pemilik hakcipta, agennya, atau oleh undang-undang;

5. membekalkan pernyataan ini: "Saya bersumpah, di bawah penalti sumpah-bohong, bahawa informasi dalam notis dan aduan

ini adalah tepat dan saya adalah pemilik hakcipta, atau diberikuasa untuk bertindak bagi pihak pemilik hakcipta untuk suatu

hak eksklusif yang telah dilanggari." (‘I swear, under penalty of perjury, that the information in this notification and complaint

is accurate and that I am the copyright owner, or am authorized to act on behalf of the copyright owner of an exclusive right

that is infringed.’); dan

6. membekalkan tandatangan anda, seperti yang diperlu.

8. Notis-notis

Nokia mungkin mengeposkan notis-notis dalam Perkhidmatan tersebut. Nokia juga mungkin menghantar kepada anda notis-

notis tentang produk-produk dan Perkhidmatan tersebut kepada alamat emel atau nombor telefon yang anda membekalkan

kepada kami. Anda dianggap telah menerima notis-notis sedemikian selewat-lewatnya dalam masa tujuh (7) hari dari masa

Nokia menghantar atau mengeposnya. Penggunaan berlanjutan anda akan Perkhidmatan tersebut merupakan penerimaan

anda bagi semua notis-notis tidak kira cara penghantaran.

9. Yuran-yuran

Penggunaan Perkhidmatan tersebut oleh anda mungkin atau mungkin akan dikenakan caj-caj.

Sebarang yuran-yuran yang dicajkan oleh Nokia akan diumumkan secara berasingan berkenaan dengan Perkhidmatan

tersebut.

Penggunaan Perkhidmatan tersebut mungkin melibatkan penghantaran data melalui rangkaian pembekal perkhidmatan anda.

Harga-harga yang disenaraikan dalam Perkhidmatan tersebut tidak termasuk caj-caj penghantaran data mesej teks, suara atau

pembekalan perkhidmatan-perkhidmatan lain yang mungkin dicajkan oleh pembekal perkhidmatan rangkaian anda.

Nokia tidak menerima tanggungjawab untuk pembayaran sebarang caj-caj pembekal perkhidmatan anda.

10. Pembelian dan Terma-Terma Bayaran

"Tempahan" akan bermaksud pilihan Kandungan terbayar dan/atau langganan kepada Kandungan yang dibekalkan oleh Nokia

dan yang tersedia dalam Perkhidmatan tersebut dan pengemukaan cara pembayaran, dan juga pengemukaan tempahan

Maklumat produk dan keselamatan 43

background image

dengan memilih "beli", "ok", "Saya terima " atau pengesahan penerimaan bersamaan yang lain dalam aliran tempahan atau

memberi indikasi penerimaan terma-terma yang lain yang ditunjuk kepada anda dalam aliran tempahan.

Untuk membuat Tempahan dalam Perkhidmatan tersebut, anda mesti mencapai umur yang mencukupi di sisi undang-undang

berdasar kepada undang-undang yang berkenaan. Jika anda belum mencapai umur yang mencukupi, anda boleh membuat

Tempahan hanya dengan kebenaran terdahulu daripada ibubapa atau penjaga sah anda.

Anda bersetuju bahawa semua Tempahan-Tempahan yang dibuat adalah sah dan mengikatkan di sisi undang-undang. Semua

tempahan-tempahan adalah tertakluk kepada penerimaan oleh Nokia.

Anda boleh membayar melalui kad kredit atau debit, bil pembekal perkhidmatan rangkaian atau cara-cara bayaran lain jika

tersedia.

Kad kredit atau debit anda mesti mempunyai alamat bil dalam negara di mana Kandungan tersebut dibekalkan oleh

Perkhidmatan tersebut. Nokia akan mengenakan caj kad kredit atau debit anda ke dalam akaun bank anda dalam masa yang

munasabah selepas anda telah membuat Tempahan anda. Semua pembayaran-pembayaran kad kredit tertakluk kepada

semakan keesahan dan berikuasa oleh pengeluar kad.

Jika anda memilih bil pembekal perkhidmatan rangkaian, caj-caj akan muncul dalam bil telefon mudah-alih anda atau ditolak

dari akaun prabayar anda jika ia adalah akaun prabayar. Sesetengah pembekal-pembekal perkhidmatan rangkaian mungkin

mengikatkan penggunaan Perkhidmatan tersebut oleh anda dengan terma-terma dan syarat-syarat tambahan termasuk

dengan mengenakan had-had kepada jumlah caj-caj yang berkemungkinan dengan bil pembekal perkhidmatan rangkaian.

Caj-caj yang melebihi had-had pembekal perkhidmatan rangkaian atau baki akaun mungkin akan ditolak.

Anda bersetuju untuk membayar caj-caj yang berkaitan dengan Tempahan anda, untuk memastikan supaya peralatan

pembayaran untuk cara pembayaran yang digunakan adalah sah pada masa transaksi dilakukan, bahawa anda adalah

pemegang sah peralatan tersebut dan peralatan tersebut digunakan dalam had kredit.

Kandungan yang disampaikan dilesenkan kepada anda. Anda bersetuju untuk mengguna Kandungan sedemikian secara

tunggalnya sepertimana dibenarkan dalam Terma-Terma ini dan mana-mana terma-terma tambahan yang anda mungkin

diberi dalam aliran tempahan.

Perkhidmatan tersebut mungkin menawarkan langganan. Anda memberi autoriti kepada Perkhidmatan tersebut untuk

mengenakan caj-caj dari masa ke semasa dalam tempoh langganan. Perkhidmatan tersebut juga mungkin menawarkan

tempoh percubaan. Jika Tempahan anda melibatkan tempoh percubaan (juga dikenali sebagai “try-and-buy”), anda mungkin

dikenakan caj apabila tempoh percubaan berakhir, kecuali jika anda membatalkannya selaras dengan terma-terma langganan/

percubaan.

Harga-harga dalam Perkhidmatan tersebut mungkin berubah dari masa ke semasa. Harga-harga termasuk cukai-cukai

berkenaan yang terpakai pada masa transaksi anda, kecuali yang dinyatakan di sebaliknya. Terdapat kemungkinan di mana

anda dikenakan caj-caj tambahan oleh bank atau pembekal kad kredit anda berdasar kepada kadar penukaran wang asing

yang terpakai dan/atau yuran-yuran taksiran tambahan. Nokia tidak menerima sebarang tanggungjawab untuk pembayaran

sebarang yuran-yuran atau caj-caj perkhidmatan bank atau pihak ketiga lain.

11. Pembatalan dan Bayaran Balik

Anda bersetuju kepada penghantaran Kandungan elektronik yang dilaksanakan secara serentak dengan Tempahan anda. Anda

tidak boleh membatalkan Tempahan anda selepas ia diproses. Ciri-ciri Kandungan tersebut adalah di mana ia tidak boleh

dikembalikan.

Dalam keadaan selepas Tempahan anda anda mendapati dan dengan serta-mertanya memberitahu Nokia dalam masa 48 jam

bahawa (a) Kandungan yang anda telah menempah adalah rosak; (b) Kandungan yang Nokia menghantar kepada anda tidak

menepati huraian Kandungan yang anda telah menempah melalui Perkhidmatan tersebut; atau (c) masalah-masalah teknikal

melambatkan atau menghalang penghantaran Kandungan anda atau tempahan-tempahan berganda yang tidak diniatkan

yang diakibatkan oleh masalah-masalah teknikal, remedi tunggal dan eksklusif anda berkenaan dengan Kandungan sedemikian

adalah untuk gantian Kandungan tersebut, atau bayaran balik harga pembelian Kandungan sedemikian, sepertimana yang

44 Maklumat produk dan keselamatan

background image

ditentukan oleh Nokia. Selain itu, bayaran balik tidak akan ditawarkan. Jika anda mengalami mana-mana isu-isu di atas, sila

menghubungi ‘Nokia Customer Support’.

Sila mengambil perhatian bahawa Nokia mungkin tidak dapat memproseskan permintaan sokongan pelanggan anda jika anda

tidak dapat membekalkan ID transaksi anda, yang dibekalkan kepada anda oleh Nokia selepas Tempahan anda dibuat dari

Perkhidmatan tersebut. Nokia hanya dapat memproseskan bayaran balik untuk Kandungan di mana jumlah harga melebihi

had wang yang diperuntukan dalam undang-undang tempatan yang berkenaan.

12. Maklum Balas kepada Nokia

Dengan mengemukakan sebarang idea, maklum balas dan/atau cadangan ("Maklum Balas") kepada Nokia melalui

Perkhidmatan tersebut atau cara-cara lain, anda mengakui dan bersetuju bahawa: (1) Nokia kemungkinannya mempunyai idea

kemajuan yang sama dengan Maklum Balas tersebut; (2) Maklum Balas anda tidak mengandungi sebarang informasi peribadi

atau milikan anda atau mana-mana pihak ketiga; (3) Nokia tidak di bawah sebarang obligasi kesulitan berkenaan dengan

Maklum Balas tersebut; (4) Nokia bebas untuk mengguna, mengedar, mengeksplot dan memajukan dan menukar selanjutnya

Maklum Balas tersebut untuk sebarang tujuan; dan (5) anda tidak berhak kepada sebarang jenis pampasan daripada Nokia.

13. Aktiviti-Aktiviti Sosial dan Perkongsian Lokasi

Anda boleh menggunakan ciri-ciri dalam Perkhidmatan tersebut untuk berkongsi lokasi, status, kandungan, Bahan atau

informasi peribadi anda atau untuk berinteraksi dengan pengguna-pengguna, laman-laman dan perkhidmatan-perkhidmatan

lain. Dengan menggunakan ciri-ciri sedemikian anda bersetuju bahawa Nokia boleh mengguna dan membekalkan informasi

sedemikian kepada perkhidmatan-perkhidmatan dan orang-orang lain dengan siapa anda memilih untuk berinteraksi atau

berkongsi informasi tersebut. Pengguna-pengguna perkhidmatan-perkhidmatan tersebut dan orang-orang, seperti hubungan-

hubungan anda, mungkin dapat melihat lokasi, status dan/atau informasi peribadi anda. Dengan menggunakan ciri-ciri

sedemikian anda bersetuju supaya tidak berkongsi informasi, Kandungan atau Bahan atau untuk menyambungkan kepada

sebarang perkhidmatan atau laman yang: (a) mengandungi kandungan atau bahan-bahan lain yang melanggari undang-

undang atau adalah tidak sesuai; atau (b) mengekspoloitkan hak-hak harta intelek tanpa kebenaran atau yang menggalakkan

pengguna-pengguna untuk melakukan kegiatan peniruan. Sebarang interaksi tidak melibatkan Nokia dan adalah secara

tunggalnya di antara anda dan pengguna(-pengguna) lain.

14. Ketersediaan dan Keperluan-Keperluan Teknikal

Ketersediaan Kandungan dan Perkhidmatan tersebut mungkin bertukar dan tertakluk kepada pilihan tunggal Nokia. Nokia

dengan nyatanya menafikan segala representasi atau jaminan bahawa mana-mana Kandungan atau Perkhidmatan tertentu

akan tersedia. Perkhidmatan tersebut mungkin tidak boleh didapati di semua negara-negara dan mungkin dibekalkan dalam

bahasa-bahasa tertentu sahaja. Perkhidmatan tersebut, operasi dan ciri-cirinya mungkin bergantung kepada rangkaian,

kesesuaian alat-alat yang digunakan dan format-format kandungan yang disokong.

Untuk mengakseskan Perkhidmatan tersebut, anda mungkin perlu memuat-turun perisian tertentu yang dihasil oleh Nokia

atau pihak lain.

Nokia mungkin, atas pilihan tunggalnya, menukar, meningkatkan, membetulkan atau menghentikan Perkhidmatan tersebut

secara keseluruhan atau mana-mana bahagiannya. Perkhidmatan tersebut mungkin tidak tersedia semasa pemberhentian-

pemberhentian untuk penyelenggaraan dan masa-masa lain. Untuk memastikan anda mempunyai perisian alat dan aplikasi

Nokia yang terbaru, alat anda mungkin secara automatiknya memeriksa untuk ketersediaan pengemaskinian perisian daripada

Nokia. Jika ada yang dikesan anda akan dimaklum untuk membenarkan pemasangannya. Anda boleh memadamkan

pengawasan automatik untuk pengemaskinian melalui kawalan-kawalan dalam alat anda. Anda juga boleh memasangkan

perisian melalui saluran-saluran pengemaskinian perisian yang tersedia. Jika Nokia berpendapat suatu pengemaskinian kepada

Perisian adalah dianggap penting atau kritikal anda mungkin tidak dapat meneruskan penggunaan versi lama Perisian tersebut.

Nokia mungkin menghalang penggunaan oleh anda versi lama Perisian tersebut atau Perkhidmatan tersebut sehingga anda

memasangkan pengemaskinian tersebut.

Nokia mungkin menutup mana-mana Kandungan atau Perisian yang terkandung dalam akaun Perkhidmatan anda untuk

sebarang alasan dan menyingkirkan sebarang Kandungan atau Perisian dan/atau menutup salinan-salinan mana-mana aplikasi

Maklumat produk dan keselamatan 45

background image

dalam alat anda untuk melindungi Perkhidmatan tersebut, pembekal aplikasi, pembawa-pembawa rangkaian tanpa wayar

yang mana anda melalui untuk mengakses perkhidmatan atau mana-mana pihak-pihak lain yang dijejas atau mungkin dijejas.

Sesesuatu perkhidmatan mungkin merupakan versi pra-pengeluaran, contohnya keluaran beta, dan mungkin tidak akan

berfungsi dalam cara versi terakhir akan berfungsi. Nokia mungkin menukar mana-mana versi Perkhidmatan tersebut atau

Perisian secara pentingnya atau memutus supaya tidak mengeluarkan versi terakhir.

15. Sambungan ke Laman-laman dan Kandungan Pihak Ketiga

Nokia mungkin akan menambah akses ke laman–laman dan perkhidmatan-perkhidmatan di Internet atau klien-klien yang

dimuat-dahulu (‘preloaded clients’) untuk membolehkan anda berinteraksi dengan laman-laman dan perkhidmatan-

perkhidmatan yang dimiliki atau diurus oleh pihak ketiga dan yang bukan sebahagian Perkhidmatan tersebut. Anda patut

mengkaji semula dan bersetuju dengan terma-terma dan peruntukan-peruntukan untuk laman-laman atau perkhidmatan-

perkhidmatan sedemikian sebelum mengguna laman-laman atau perkhidmatan-perkhidmatan sedemikian.

Nokia tidak mempunyai kawalan terhadap kandungan, laman-laman atau perkhidmatan-perkhidmatan pihak ketiga dan tidak

menerima tanggungjawab untuk perkhidmatan-perkhidmatan yang dibekalkan atau bahan yang dihasilkan atau diterbitkan

dalam laman-laman atau perkhidmatan-perkhidmatan pihak ketiga tersebut. Sambungan ke laman pihak ketiga tidak

menandakan bahawa Nokia menyokong laman tersebut atau produk-produk atau perkhidmatan-perkhidmatan yang

dirujukkan di laman tersebut.

Secara tambahan, anda dan pengguna-pengguna lain boleh mereka kandungan dan sambungan-sambungan ke kandungan

dalam Perkhidmatan tersebut yang belum di sebaliknya diserahkan kepada Perkhidmatan tersebut. Nokia tidak

bertanggungjawab untuk jenis kandungan atau sambungan-sambungan sedemikian.

16. Iklan-Iklan

Perkhidmatan tersebut mungkin termasuk iklan-iklan. Iklan-iklan mungkin dituju kepada kandungan atau informasi yang

disimpan dalam Perkhidmatan tersebut, pertanyaan yang dibuat melalui Perkhidmatan tersebut, atau lain-lain informasi.

17. Data Peribadi

Polisi Privasi dan sebarang informasi privasi tambahan yang disediakan untuk anda menentukan penggunaan data peribadi

anda.

18. Had Liabiliti

Perkhidmatan tersebut dibekalkan atas dasar “SEPERTI BEGITU” dan “TERSEDIA ADA”. Nokia tidak menjamin bahawa

Perkhidmatan tersebut tidak akan terganggu atau bebas dari kesilapan atau bebas dari virus. Tiada jaminan dalam apa jenis

pun, sama ada dalam bentuk tersurat atau tersirat, termasuk tetapi tidak terhad kepada jaminan-jaminan hak milik, tidak

melanggar, jaminan-jaminan perdagangan, atau kesesuaian untuk tujuan tertentu, dibuat berkenaan ketersediaan, ketepatan,

kecekapan, informasi atau kandungan Perkhidmatan tersebut. Anda bersetuju secara nyata dan mengakui bahawa penggunaan

Perkhidmatan tersebut adalah atas risiko tunggal anda sendiri dan anda mungkin didedah kepada kandungan dari berbagai

punca-punca.

Kecuali liabiliti untuk kematian atau kecederaan peribadi yang disebabkan oleh kecuaian melampau atau salah laku yang

sengaja, Nokia tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kerosakan secara langsung yang diakibatkan dari penggunaan

atau ketidakmampuan anda untuk mengguna Perkhidmatan tersebut. Nokia tidak akan dalam apa-apa keadaanpun

bertangunggan untuk sebarang kerugian tidak langsung, tidak sengaja, punitif atau akibat dari penggunaan atau

ketidakmampuan anda untuk mengguna Perkhidmatan tersebut.

19. Penanggungan Rugi

Anda bersetuju untuk membela dan menganggung-rugi Nokia dari dan terhadap semua tuntutan pihak ketiga dan semua

liabiliti-liabiliti, taksiran, kerugian, kos atau kerosakan dari atau yang diakibatkan dari (i) pelanggaran Terma-Terma tersebut

oleh anda, (ii) pelanggaran atau kemungkiran mana-mana hak-hak harta intelek, hak-hak lain atau privasi pihak ketiga, atau

46 Maklumat produk dan keselamatan

background image

(iii) kesalahgunaan Perkhidmatan tersebut oleh pihak ketiga di mana penyalahgunaan sedemikian dijadikan berkemungkinan

akibat kegagalan anda untuk mengambil langkah-langkah munasabah untuk melindungi nama pengguna dan kata laluan anda

terhadap penyalahgunaan.

20. Pelbagai

20.1 Pilihan Undang-undang

Terma-Terma tersebut ditadbir oleh undang-undang Finland tanpa kira peruntukan-peruntukan undang-undang yang

bercanggahnya.

20.2 Kesahan

Terma-Terma tersebut tidak akan melepaskan atau membatas mana-mana hak-hak mandatori anda di negara bermastautin

anda yang tidak boleh melalui undang-undang diabaikan. Jika peruntukan tertentu Terma-Terma tersebut didapati tidak sah,

keesahan peruntukan-peruntukan lain tidak akan terjejas dan peruntukan yang tidak sah tersebut akan diganti dengan

peruntukan sah yang paling dekat kepada hasil dan tujuan Terma-Terma tersebut. Dalam keadaan satu atau lebih peruntukan-

peruntukan Terma-Terma ini adalah tidak relevan kepada penggunaan Perkhidmatan tersebut oleh anda, ia tidak akan

memberi kesan kepada keesahan atau perlaksanaan mana-mana peruntukan-peruntukan Terma-Terma ataupun Terma-Terma

secara keseluruhannya. Jika terdapatnya sebarang percanggahan di antara Terma-Terma Perkhidmatan Nokia ini dan Polisi

Privasi, peruntukan-peruntukan Terma-Terma Perkhidmatan Nokia ini akan mengatasinya. Peruntukan-peruntukan Terma-

Terma tersebut yang diniatkan untuk wujud selepas pembatalan pendaftaran anda tetap sah selepas pembatalan sedemikian.

20.3 Perubahan Terma-Terma

Nokia boleh mengubahsuai Terma-Terma tersebut pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu. Jika Terma-Terma tersebut

ditukar secara material, bertentangan, Nokia akan memberi notis berasingan untuk menasihatkan tentang perubahan

sedemikian.

Anda bertanggungjawab untuk sentiasa mengaji semula Terma-Terma tersebut. Penggunaan berterusan Perkhidmatan

tersebut oleh anda merupakan persetujuan anda kepada mana-mana perubahan atau pengubahsuaian.

21. Harta Intelek

Perkhidmatan tersebut, Kandungan tersebut dan Perisian tersebut adalah dilindungi di bawah undang-undang hakcipta

antarabangsa. Nokia menuntut hakcipta-hakcipta dalam Perkhidmatan, Kandungan, dan Perisian sejauh mana ia

diperuntukkan oleh undang-undang. Tertakluk kepada Terma-Terma tersebut, Nokia mengekalkan semua hak, hak milik, dan

kepentingan dalam Perkhidmatan tersebut, Kandungannya dan Perisian tersebut dan dalam semua produk-produk, perisian

dan harta-harta Nokia yang lain yang dibekalkan kepada anda atau digunakan oleh anda melalui Perkhidmatan tersebut.

22. Penyerahhakkan

Nokia boleh menyerahhak hak-hak dan obligasi-obligasinya di bawah Terma-Terma tersebut kepada korporat induknya,

subsidiari-subsidiarinya atau kepada sebarang syarikat di bawah kawalan biasa Nokia. Tambahan lagi, Nokia boleh

menyerahhak hak-hak dan obligasi-obligasinya di bawah Terma-Terma tersebut kepada pihak ketiga berkaitan dengan

gabungan, pemerolehan, penjualan asset-aset, melalui operasi undang-undang atau di sebaliknya.