
KAMI MENGAMBIL BERAT TENTANG PRIVASI ANDA
Nokia komited untuk melindungi privasi anda dan juga untuk mematuhi undang-undang perlindungan data dan privasi yang
berkenaan. Polisi Privasi ini (“Polisi”) menjelaskan bagaimana kami memproseskan data peribadi. Di sepanjang Polisi ini, terma
“data peribadi” bermakna informasi berkenaan individu yang dikenali atau yang dapat dikenali (iaitu orang semula jadi).
“Nokia” merujuk kepada Nokia Corporation, termasuk anggota-anggota bersekutunya (juga dirujuk sebagai “kami” atau
“kita”). Dasar Polisi ini akan menggariskan cara kami mengumpul data peribadi anda di mana Nokia berperanan sebagai
pengawal data (“data controller”) atau di mana kami merujuk kepada pelaksanaan Polisi ini.
Maklumat produk dan keselamatan 47

Kami mungkin menyediakan informasi privasi tambahan berkenaan produk-produk atau perkhidmatan- perkhidmatan kami
melalui huraian perkhidmatan dan notis-notis lain. Informasi sedemikian mengatasi Polisi ini setakat mana terdapatnya
sebarang konflik.
Perkhidmatan-perkhidmatan pihak ketiga yang dipasang dalam alat anda berkemungkinan membolehkan akses kepada
informasi yang terdapat dalam alat anda. Produk-produk atau perkhidmatan-perkhidmatan kami mungkin mengandungi
rangkaian-rangkaian ke laman-laman web dan perkhidmatan-perkhidmatan syarikat-syarikat lain yang mempunyai polisi-
polisi peribadi tersendiri. Kami menyarankan anda supaya membaca polisi-polisi peribadi perkhidmatan-perkhidmatan pihak
ketiga sedemikian. Nokia tidak bertanggungjawab untuk amalan-amalan atau kandungan-kandungan privasi bagi mana-mana
perkhidmatan-perkhidmatan pihak ketiga sedemikian.
Dengan menggunakan laman web ini dan/atau menyerahkan data peribadi kepada Nokia, anda bersetuju dengan
pemprosesan data peribadi anda seperti yang dijelaskan dalam Polisi ini. Jika anda tidak bersetuju dengan Polisi ini,
sila jangan menggunakan laman web ini atau membekalkan Nokia dengan data peribadi anda.
Apakah Data Yang Dikumpul oleh Kami?
Secara tipikal, kami mengumpul data peribadi anda apabila anda membuat pembelian, menggunakan atau mendaftar dalam
produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan kami, mengambil bahagian dalam sesuatu kempen atau di selainnya
berinteraksi dengan kami. Di bawah adalah contoh-contoh kategori-kategori data yang dikumpul oleh kami.
•
Penggunaan produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan kami oleh anda Apabila anda menggunakan
produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan kami, alamat IP, masa-masa akses, laman web anda disambungkan
dari, laman-laman yang anda kunjungi, rangkaian-rangkaian yang anda gunakan, kandungan yang anda lihat dan
informasi lain sedemikian yang pelayar anda bekalkan kepada kami akan dikumpul secara automatik oleh Nokia.
Perkhidmatan-perkhidmatan tertentu kami mungkin dapat mengumpul pengidentifikasi unik alatmudah-alih, informasi
identiti pelanggan, pengidentifikasi spesifik pembekal perkhidmatan rangkaian, kawalan rangkaian anda dan informasi
lain sedemikian. Apabila anda menggunakan produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan kami atau selainnya
berinteraksi dengan kami melalui rangkaian-rangkaian telekomunikasi, informasi tambahan tertentu, seperti nombor
langganan mudah-alih anda, berkemungkinan akan dihantar kepada kami oleh pembekal rangkaian mudah-alih anda.
•
Informasi yang dibekal oleh anda kepada kami Kami mungkin meminta anda untuk membekalkan kami dengan
informasi seperti nama anda, alamat emel, alamat, nama-nama pengguna dan kata-kata laluan, persetujuan-persetujuan
anda, kesukaan-kesukaan dan maklum balas, informasi berkenaan dengan alat-alat anda, umur, jantina, kod pos dan
pilihan-pilihan bahasa. Sila ambil perhatian bahawa informasi tertentu yang tidak boleh dikesan yang dikumpul daripada
anda mungkin akan dapat dikesan apabila anda membekalkan kami dengan data peribadi. Kami juga mungkin
memperolehi, berdasarkan undang-undang yang berkaitan, data peribadi tertentu daripada syarikat-syarikat senarai-
sewa (‘list-rental companies’) dan lain-lain sumber sedemikian yang tersedia secara umum. Sesetengah perkhidmatan-
perkhidmatan kami mungkin membenarkan anda untuk mengemukakan informasi tentang orang lain, contohnya, jika
anda membuat tempahan untuk suatu produk yang anda ingin kami untuk menghantar secara terus kepada penerima
yang lain.
•
Transaksi-transaksi anda dengan kami Kami mengumpul informasi berkenaan dengan pembelian anda dan
penggunaan produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan kami dan interaksi lain anda dengan kami. Informasi
sedemikian mungkin termasuk butir-butir pertanyaan-pertanyaan atau permintaan-permintaan yang anda telah buat,
produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan yang telah dibekalkan, butir-butir penghantaran, nombor akaun bank,
butir-butir kad kredit, alamat bil, semakan kredit dan informasi kewangan lain sedemikian, butir-butir perjanjian-
perjanjian di antara anda dengan Nokia, rekod-rekod hubungan dan komunikasi, informasi dan butir-butir berkenaan
dengan kandungan yang anda telah bekalkan kepada kami dan informasi transaksi lain sedemikian. Kami mungkin,
berdasar kepada undang-undang berkaitan, merekodkan komunikasi anda dengan khidmat penjagaan pelanggan kami
atau dengan pusat-pusat hubungan lain sedemikian.
•
Lokasi data Perkhidmatan-perkhidmatan dan ciri-ciri Nokia yang berdasarkan lokasi mungkin menggunakan satelit, Wi-
Fi atau data lokasi berdasarkan rangkaian lain, contohnya alamat IP anda. Cara-cara bantuan penentuan kedudukan
(‘assisted positioning methods’) dalam alat, contohnya ‘Assisted GPS’, membekalkan anda dengan data lokasi yang lebih
cepat dan lebih tepat. Penggunaan cara-cara bantuan penentuan kedudukan mungkin melibatkan penukaran data lokasi
anda, pengidentifikasi rangkaian mudah-alih bersama dengan alat unik anda atau pengidentifikasi pembekal
perkhidmatan rangkaian dengan pelayan lokasi. Nokia memproses maklumat ini secara tanpa nama. Bergantung kepada
48 Maklumat produk dan keselamatan

tatacara kedudukan anda dan penggunaan perkhidmatan-perkhidmatan lokasi pembekal perkhidmatan-perkhidmatan
lain oleh anda alat anda mungkin akan bersambung dengan pelayan-pelayan pembekal perkhidmatan-perkhidmatan
lain, yang tidak dikawal atau diurus oleh Nokia. Kami mencadangkan anda supaya memeriksa polisi-polisi privasi
pembekal perkhidmatan-perkhidmatan sedemikian untuk memahami bagaimana mereka memproses data lokasi anda.
Anda boleh menukar tetapan kedudukan alat anda daripada tatacara alat, contohnya menukar atau memadamkan cara-
cara penentuan kedudukan atau pelayan-pelayan lokasi atau menukar ketepatan data lokasi anda.
Nokia menawarkan pelbagai perkhidmatan-perkhidmatan dan ciri-ciri yang berdasarkan lokasi yang mungkin memerlu
penggunaan data lokadi anda. Contohnya apabila anda membuat carian berdasarkan lokasi, mengguna ciri-ciri cuaca
lokasi yang lebih baik atau meminta untuk data peta, data lokasi anda mungkin dihantar kepada Nokia untuk melayani
anda dengan kandungan yang betul. Ini mungkin termasuk iklan-iklan berdasarkan lokasi. Perkhidmatan-perkhidmatan
berdasarkan lokasi tertentu mungkin membenarkan anda untuk mengaitkan data peribadi anda dengan lokasi anda.
Untuk mempelajari lebih tentang perkhidmatan-perkhidmatan dan ciri-ciri berdasarkan lokasi yang sedia ada, sila
merujuk kepada arahan-arahan dan lain-lain bahan sokongan untuk produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan
kami.
Kenapa Kami Memproses Data Peribadi?
Nokia mungkin memproses data peribadi anda untuk tujuan-tujuan berikut. Sila ambil perhatian bahawa satu atau lebih
tujuan-tujuan tersebut boleh terpakai secara serentak.
•
Pembekalan produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan Kami boleh mengguna data peribadi anda untuk
membekal kepada anda produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan kami, untuk memproses pesanan anda atau
selainnya mungkin perlu untuk melaksanakan kontrak di antara anda dan Nokia, untuk memastikan kefungsian dan
jaminan produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan kami, untuk mengenalpastikan anda dan untuk menghalang
dan menyiasat frod dan penyalahgunaan-penyalahgunaan yang lain.
•
Pembangunan produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan Kami boleh menggunakan data peribadi anda
untuk memperkembangkan produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan kami. Walaubagaimanapun, pada
kebanyakan masa kami hanya menggunakan maklumat agregat dan statistikal untuk tujuan sedemikian. Kami mungkin
menggabungkan data peribadi yang dikumpul berhubungan dengan penggunaan produk-produk Nokia tertentu oleh
anda dengan data peribadi lain yang kami pegang tentang anda, kecuali jika data peribadi sedemikian dikumpul untuk
tujuan yang lain.
•
Berkomunikasi dengan anda Kami boleh menggunakan data peribadi anda untuk berkomunikasi dengan anda, sebagai
contoh untuk menghantar kepada anda pemberitahuan kritikal dan notis-notis lain sedemikian berkenaan dengan
produk-produk dan/atau perkhidmatan-perkhidmatan kami dan untuk menghubungi anda untuk tujuan penjagaan
pelanggan.
Pemasaran dan Pengesyoran Kami boleh menggunakan data peribadi anda untuk memperibadikan tawaran kami dan untuk
membekalkan anda dengan perkhidmatan-perkhidmatan yang lebih relevan, contohnya, untuk mengesyorkan dan untuk
memaparkan kandungan dan iklan-iklan yang diubah-suai dalam perkhidmatan-perkhidmatan kami. Ini mungkin melibatkan
pemaparan kandungan Nokia dan pihak ketiga. Kami mungkin menggunakan data peribadi anda untuk tujuan pemasaran
langsung atau penyelidikan, contohnya untuk menjalankan penyelidikan pasaran dan kami mungkin, selaras dengan undang-
undang yang berkaitan, menghubungi anda untuk memberitahu anda tentang produk-produk, perkhidmatan-perkhidmatan
atau promosi-promosi baru yang kami mungkin tawarkan.
Penggunaan pertama alat Nokia anda
Berdasar kepada alat anda, suatu Akaun Nokia mungkin diwujudkan untuk anda atau anda mungkin perlu untuk menanda
masuk kepada Akaun Nokia anda yang wujud apabila anda mula-mula sekali mengguna alat anda. Dalam proses penggiatan
nama pengguna, alamat emel, nombor mudah-alih, pengenalan unik alat mudah-alih dan informasi identiti pengguna anda
akan dihantar kepada Nokia dan kami mungkin akan mengaitkan informasi ini dengan Akaun Nokia anda. Informasi gabungan
ini mungkin digunakan untuk menggiatkan jaminan dan lesen-lesen perisian tertentu anda dan untuk menghantar kepada
anda mesej-mesej peribadi, contohnya emel-emel, teks-teks dan mesej-mesej lain. Mesej-mesej ini mungkin mengandungi
informasi mengenai produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan Nokia, seperti tip-tip dan tawaran-tawaran komersial.
Anda boleh mengecualikan diri dari mesej-mesej ini pada mana-mana masa contohnya dengan mengikuti informasi dalam
mesej yang anda menerima selepas mengambil guna alat anda, arahan-arahan dalam alat tersebut atau dalam mesej-mesej,
Maklumat produk dan keselamatan 49

melalui alat-alat pengurusan profil yang sedia ada atau dengan menghubungi penjagaan pelanggan Nokia. Informasi yang
dikutip mungkin juga digunakan untuk memaparkan kandungan yang disesuaikan mengikut keperibadian dan juga untuk
meningkatkan mutu produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan Nokia. Informasi di atas juga mungkin dipakai sekiranya
anda mengemaskinikan perisian alat anda.
Adakah Kami Berkongsi Data Peribadi?
Kami tidak menjual, memajak, menyewa atau selainnya mendedahkan data peribadi anda kepada pihak-pihak ketiga
melainkan dinyatakan selainnya di bawah.
•
Persetujuan anda dan perkhidmatan-perkhidmatan perkongsian sosial Kami boleh berkongsi data peribadi anda
jika kami telah mendapatkan persetujuan anda untuk berbuat demikian. Beberapa perkhidmatan-perkhidmatan
mungkin membolehkan anda untuk berkongsi data peribadi anda dengan pengguna-pengguna lain perkhidmatan
tersebut atau dengan perkhidmatan-perkhidmatan lain dan pengguna-penggunanya. Sila mempertimbangkan dengan
berhati-hati sebelum mendedahkan sebarang data peribadi atau informasi lain yang boleh diakses oleh pengguna-
pengguna lain. Sila pertimbangkan dengan teliti sebelum mendedahkan sebarang data peribadi atau maklumat lain yang
mungkin boleh diakses oleh pengguna lain.
•
Syarikat-syarikat Nokia dan pihak-pihak ketiga yang diberikuasa Kami boleh berkongsi data peribadi anda dengan
syarikat-syarikat Nokia yang lain atau pihak-pihak ketiga yang diberikuasa yang memproses data peribadi untuk Nokia
bagi tujuan yang dihuraikan dalam Polisi ini. Ini mungkin termasuk contohnya penyediaan bil melalui pembekal
perkhidmatan rangkaian anda atau selainnya, penghantaran pembelian-pembelian anda, pembekalan perkhidmatan
termasuk perkhidmatan pelanggan, pengurusan dan penganalisisan data pengguna, semakan kredit, menjalankan
penyelidikan pasaran dan menguruskan pemasaran dan lain-lain kempen sedemikian. Apabila anda membeli produk
Nokia daripada kami dengan pelan pembekal perkhidmatan rangkaian, kami mungkin perlu untuk bertukar informasi
dengan pembekal perkhidmatan rangkaian anda untuk membekalkan anda dengan perkhidmatan sedemikian.
Kami mungkin menjalankan pemasaran bersama dan komunikasi-komunikasi lain dengan rakan-rakan kongsi kami,
contohnya operator mudah-alih anda. Untuk mengelakkan duplikasi atau komunikasi yang tidak perlu dan untuk
memperibadikan mesej kepada anda kami mungkin perlu menyesuaikan informasi yang telah dikumpulkan Nokia
dengan informasi yang rakan kongsi kami telah kumpul di mana yang dibenarkan oleh undang-undang.
Pihak-pihak ketiga yang diberikuasa tersebut tidak dibenarkan untuk mengguna data peribadi anda bagi tujuan-tujuan
lain. Kami memerlukan mereka untuk bertindak secara konsisten dengan Polisi ini dan untuk menggunapakai langkah-
langkah keselamatan yang sewajarnya untuk melindungi data peribadi anda.
•
Pemindahan-pemindahan data peribadi antarabangsa Produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan kami
mungkin dibekalkan dengan menggunakan sumber-sumber dan pelayan-pelayan yang terletak di beberapa negara di
seluruh dunia. Oleh itu data peribadi anda mungkin akan dipindahkan merentasi sempadan-sempadan antarabangsa di
luar negara di mana anda menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan kami, termasuk ke negara-negara di luar Kawasan
Ekonomik Eropah (EEA) yang tidak mempunyai undang-undang yang memberikan perlindungan spesifik bagi data
peribadi atau yang mempunyai peraturan undang-undang yang berlainan untuk perlindungan data, contohnya, Amerika
Syarikat. Dalam kes-kes demikian kami mengambil langkah-langkah untuk memastikan bahawa terdapat suatu dasar
yang sah di sisi undang-undang untuk pemindahan sedemikian dan bahawa perlindungan yang secukupnya bagi data
peribadi anda diberikan sebagaimana yang diperuntukan oleh undang-undang yang berkenaan, contohnya, dengan
menggunakan perjanjian-perjanjian piawaian yang telah diluluskan oleh pihak-pihak berkuasa yang relevan (di mana
diperlukan) dan dengan mewajibkan penggunaan lain-lain langkah keselamatan sesuai maklumat teknikal dan
pertubuhan yang sewajarnya.
•
Pendedahan Mandatori Kami mungkin diwajibkan menurut undang-undang mandatori untuk mendedahkan data
peribadi anda kepada pihak-pihak berkuasa yang tertentu atau pihak-pihak ketiga yang lain, contohnya, kepada agensi
penguatkuasaan undang-undang di negara-negara di mana kami atau pihak-pihak ketiga yang bertindak bagi pihak
kami beroperasi. Kami juga akan mendedahkan dan selainnya memproses data peribadi anda selaras dengan undang-
undang yang berkenaan untuk membela kepentingan-kepentingan Nokia yang sah, contohnya, dalam prosiding undang-
undang sivil atau jenayah.
•
Gabungan dan Pemerolehan Jika kami memutuskan untuk menjual, membeli, bergabung atau selainnya menyusun
semula perniagaan-perniagaan kami di negara-negara tertentu, ini mungkin melibatkan kami untuk mendedahkan data
50 Maklumat produk dan keselamatan

peribadi kepada pembeli-pembeli prospektif atau yang sebenar dan penasihat-penasihat mereka, atau menerima data
peribadi daripada penjual-penjual dan penasihat-penasihat mereka.
Bagaimana Kami Mengurus Privasi Kanak-Kanak?
Secara tipikalnya produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan Nokia adalah diniatkan untuk pengguna-pengguna am.
Nokia tidak dengan pengetahuan mengumpulkan informasi kanak-kanak tanpa kebenaran ibubapa atau penjaga mereka.
Nokia menerbit garis panduan keselamatan untuk penggunaan perkhidmatan-perkhidmatan internet dalam laman-laman web
kami.
Bagaimana Kami Mengurus Mutu Data?
Kami mengambil langkah-langkah munasabah untuk menjaga ketepatan data peribadi yang kami miliki dan akan
memadamkan data peribadi yang tidak tepat atau tidak diperlukan.
Memandangkan beberapa produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan Nokia tertentu membenarkan anda untuk
mengurus profil anda, kami menggalakkan anda untuk mengakses data peribadi anda dari masa ke semasa untuk memastikan
bahawa ianya adalah betul. Sila diingatkan dalam keadaan sebarang penukaran ia adalah tanggungjawab anda untuk
mengemaskinikan data peribadi yang anda telah membekalkan kepada kami.
Apa Langkah-Langkah Yang Diambil Untuk Melindungi Data Peribadi?
Privasi dan sekuriti adalah pertimbangan utama dalam penciptaan dan penghantaran produk-produk dan perkhidmatan-
perkhidmatan kami. Kami telah menentukan tanggungjawab-tanggungjawab tertentu untuk mengurus perkara-perkara yang
berkenaan dengan privasi dan sekuriti. Kami melaksanakan polisi-polisi dalaman dan garis-garis panduan kami melalui pilihan-
pilihan sesuai aktiviti-aktiviti yang tertentu, termasuk pengurusan risiko proaktif dan reaktif, kejuruteraan sekuriti, latihan dan
penilaian-penilaian. Kami mengambil langkah-langkah sesuai untuk mengurus sekuriti “online”, sekuriti fizikal, risiko
kehilangan data dan risiko-risiko lain sedemikian dengan mengambil kira risiko yang diwakili melalui pemprosesan dan jenis
data yang sedang dilindungi. Tambahan lagi, kami mengehadkan akses kepada pangkalan-pangkalan data kami yang
mengandungi data peribadi kepada orang-orang yang diberikuasa yang mempunyai keperluan yang boleh dijustifikasikan
untuk mengakses informasi sedemikian.
Bagaimana Kami Mengguna ‘Cookies’ dan ‘Web Beacons’?
Cookies adalah fail-fail teks kecil yang dihantar dari computer anda melalui suatu pelayan web. Kami menggunakan cookies
untuk membekal faedah-faedah kepada anda. Cookies sesi akan mengingati aktiviti-aktiviti lalu yang dilaksanakan oleh anda,
contohnya suatu item yang anda letak ke dalam troli membeli-belah. Cookies yang berterusan akan diguna untuk menyimpan
pilihan ke-gemaran anda di sepanjang banyak sesi-sesi, contohnya tatacara peribadi dalam laman-laman web kami. Cookies
mungkin digunakan untuk memaparkan iklan-iklan dan cadangan-cadangan sasaran, contohnya untuk menggelakan
penyiaran iklan-iklan yang sama kepada anda secara berulangan ataupun menyiarkan iklan-iklan yang kami berpendapat akan
diminati oleh anda berdasar kepada tindakan-tindakan anda sebelumnya di laman web kami. Cookies juga digunakan untuk
menentukan keberkesanan promosi-promosi dan kempen-kempen iklan kami dan untuk mempertingkatkan produk-produk
dan perkhidmatan-perkhidmatan kami.
Nokia mungkin menggunakan ‘web beacons’ (atau “pixel tags”) berkenaan dengan beberapa laman-laman web kami.
Walaubagaimanapun, kami tidak menggunakannya untuk mengenalpasti penguna-pengguna individu secara peribadi. ‘Web
beacons’ biasanya adalah imej-imej grafik yang dletakkan pada suatu laman web dan ianya digunakan untuk mengira pelawat-
pelawat ke suatu la-man web dan/atau untuk mengakses ‘cookies’ tertentu. Informasi ini digunakan untuk memperting-katkan
perkhidmatan-perkhidmatan kami. ‘Web beacons’ biasanya tidak mengutip apa-apa informasi lain selain dari apa yang pelayar
anda membekalkan kepada kami sebagai sebahagian biasa mana-mana komunikasi internet. Jika anda memadamkan
‘cookies’, ‘web beacon’ tidak lagi dapat mengesan aktiviti spesifik anda. ‘Web beacon’ boleh, walaubagaimanapun, terus
mengutip maklu-mat tentang layaran-layaran dari alamat-IP anda.
Sesetengah laman-laman web atau aplikasi-aplikasi Nokia mungkin menggunakan apa yang dika-takan adalah objek-objek
yang disimpan secara tempatan (‘locally stored objects’), seperti objek-objek Flash yang dikongsi secara tempatan ("Flash
cookies") atau ‘HTML5 Web Storage’. Objek-objek yang disimpan secara tempatan digunakan untuk tujuan-tujuan yang sama
Maklumat produk dan keselamatan 51

dengan cookies tetapi secara tipikalnya mungkin mengandungi data yang lebih dan yang berlainan dari pelayar coo-kies.
Contohnya, dalam Flash anda boleh mengguna ‘Flash Player Settings Manager’ untuk mengawal penyimpanan objek-objek
yang dikongsi secara tempatan, termasuk mengecualikan objek-objek yang dikongsi secara tempatan untuk laman-laman web
tertentu sahaja atau memadamkan penyimpanan objek-objek yang dikongsi secara tempatan untuk semua laman-laman web.
Sesetengah laman-laman web Nokia menggunakan teknologi-teknologi pengiklanan pihak ketiga, seperti DoubleClick, untuk
melayankan iklan-iklan. DoubleClick menggunakan suatu cookie untuk mengumpul informasi mengenai layaran-layaran anda
ke laman-laman web Nokia dan pihak ketiga. Informasi ini akan digunakan untuk melayankan iklan-iklan di dalam laman-
laman web Nokia dan pihak ketiga. Informasi yang dikumpulkan tidak akan dapat dikesan secara terus dengan peribadinya
dan DoubleClick tidak akan berkongsi informasi ini dengan pihak ketiga. Anda boleh memilih untuk memadamkan cookie
DoubleClick pada bila-bila masa dengan mengguna fungsi ‘opt-out cookie’ DoubleClick. Anda juga boleh melayari http://
networkadvertising.org/ untuk memasangkan suatu ‘opt-out cookie’.
Kebanyakan pelayar membolehkan anda untuk memadamkan atau membenarkan penggunaan cookies. Anda juga boleh
memadamkan cookies dalam komputer anda jika pelayar anda membenarkan. Jika anda memadamkan cookies, anda mungkin
tidak dapat menggunakan sebahagian ter-tentu perkhidmatan-perkhidmatan kami dan anda mungkin perlu memasang
semula ‘opt-out cookie’ tersebut.
Apakah Hak-hak Anda?
Anda mempunyai hak untuk mengetahui apa data peribadi yang kami pegang berkenaan dengan anda. Anda mempunyai hak
supaya data peribadi yang tidak lengkap, tidak tepat, tidak diperlukan atau luar tarikh dipadamkan atau dikemaskini. Anda
mempunyai hak untuk meminta supaya kami berhenti untuk memproses data peribadi anda untuk tujuan-tujuan pemasaran
secara langsung atau penyelidikan pasaran. Walaubagaimanapun, jika anda memilih untuk dikecualikan dari pemasaran dan
komunikasi-komunikasi lain daripada Nokia, kami mungkin akan menghantar kepada anda pemberitahuan-pemberitahuan
penting berkenaan dengan produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan kami atau menghubungi anda untuk tujuan-
tujuan ini.
Anda boleh melaksanakan hak-hak anda dengan menghubungi kami melalui pusat-pusat hubungan yang dirujuk di bawah.
Dalam kes-kes tertentu, terutamanya jika anda ingin kami memadamkan atau berhenti daripada memproses data peribadi
anda, ini mungkin juga bermakna bahawa kami tidak mungkin dapat terus membekalkan perkhidmatan-perkhidmatan kepada
anda. Sila mengambil perhatian bahawa Nokia mungkin perlu mengenalpasti anda dan untuk meminta informasi tambahan
untuk memenuhi permintaan anda. Sila juga mengambil perhatian bahawa undang-undang yang berkenaan mungkin
mengandungi had-had dan peruntukan-peruntukan lain berkenaan dengan hak-hak anda.
Kami menggalakkan anda supaya menggunakan alat-alat pengurusan profil yang sedia-ada, contohnya Akaun Nokia untuk
tujuan-tujuan di atas memandangkan alat-alat sedemikian biasanya membolehkan anda mengakses secara terus kepada data
peribadi anda dan membo-lehkan anda mengurusnya dengan berkesan.
Siapakah Pengawal Data Peribadi Anda?
Nokia Corporation yang beralamat di Keilalahdentie 4, 02150 Espoo, Finland adalah pengawal data peribadi anda.
Tambahan lagi, sekutu Nokia yang membekalkan produk atau perkhidmatan mungkin akan menjadi pengawal data peribadi
anda. Anda boleh mendapatkan identiti pengawal itu dan butir-butir hubun-gannya dengan mengkaji semula terma-terma
dan syarat-syarat produk atau perkhidmatan sedemi-kian atau dengan menggunakan maklumat hubungan yang dibekalkan
dalam laman-laman web Nokia yang berkenaan.
Mengenai perkara-perkara berkaitan dengan amalan-amalan privasi Nokia anda juga boleh menghubungi kami di:
Nokia Corporation
c/o Privacy
Keilalahdentie 4
52 Maklumat produk dan keselamatan

02150 Espoo
Finland
Rangka Privasi ‘US Safe Harbor’
Nokia Inc., 102 Corporate Park Drive, White Plains, NY 10604 USA mengikut ‘EU-US/Swiss-US Safe Harbor Privacy Principles of
Notice, Choice, Onward Transfer, Security, Data Integrity, Access and Enforcement’, dan adalah didaftar dengan Program ‘Safe
Harbor’ Jabatan Perdagangan Ameri-ka Syarikat. Jika anda mempunyai soalan-soalan atau keraguan-keraguan berkenaan
penyertaan Nokia dalam Rangka ‘Safe Harbor’, sila menghubungi:
Nokia Inc.,
102 Corporate Park Drive,
White Plains, NY 10604 USA.
Perhatian: Legal Director, North America.
Jika anda percaya bahawa Nokia Inc. telah gagal untuk menjawab keraguan-keraguan data privasi anda dengan memuaskan,
anda boleh menghubungi ‘EU Data Protection Panel’ di: ‘Data Protection Panel Secretariat, Rue de Luxembourg 46 (01/126)
B-1000 Brussels, BELGIUM’, atau dengan me-layari http://circa.europa.eu/Public/irc/secureida/safeharbor/home.
Perubahan kepada Polisi Privasi Ini
Nokia mungkin dari masa ke semasa mengubah Polisi ini atau mengubah, mengubahsuai atau menarikbalik akses kepada
laman ini pada bila-bila masa dengan atau tanpa notis. Walaubagaimanapun, jika Polisi ini diubah dalam bentuk material,
yang bertentangan, Nokia akan mengiklankan satu notis untuk menasihatkan perubahan sedemikian di permulaan Polisi ini
dan pada muka utama laman ini selama 30 hari. Kami mengesyorkan supaya anda melayari Polisi ini dari masa ke semasa
untuk mengetahui tentang sebarang perubahan sedemikian kepada Polisi ini.