Nokia C2 05 - Persekitaran di mana letupan boleh berlaku

background image

Persekitaran di mana letupan boleh berlaku
Matikan peranti anda dalam sebarang kawasan di mana letupan boleh berlaku, contohnya berhampiran pam minyak di stesen

minyak. Percikan api di kawasan tersebut boleh menyebabkan letupan atau kebakaran yang boleh menyebabkan kecederaan

atau kematian. Patuhi sekatan di stesen minyak, kawasan penyimpanan dan pengagihan, loji kimia atau tempat operasi letupan

sedang dijalankan. Kawasan yang mempunyai suasana potensi mudah meletup kerap, tetapi tidak sentiasa, ditanda dengan

jelas. Ini termasuk kawasan tempat anda dinasihatkan untuk mematikan enjin kenderaan anda, di bahagian bawah dek kapal,

pemindahan bahan kimia atau kemudahan penyimpanan dan tempat di mana udara mengandungi bahan kimia atau partikel

seperti bijirin, habuk atau serbuk logam. Anda hendaklah memeriksa dengan pengilang kenderaan yang menggunakan gas

petroleum cair (seperti propana atau butana) untuk menentukan sama ada peranti ini boleh digunakan dengan selamat di

kawasan persekitarannya.