
Lindungi peranti anda daripada kandungan berbahaya
Peranti anda boleh terdedah kepada virus dan kandungan berbahaya yang lain. Ambil langkah penjagaan yang berikut:
•
Berhati-hati semasa membuka mesej. Ia mungkin mengandungi perisian berniat jahat atau mungkin boleh merosakkan
peranti atau komputer anda.
38 Maklumat produk dan keselamatan

•
Berhati-hati semasa menerima permintaan kesambungan, menyemak imbas internet, atau memuat turun kandungan.
Jangan terima sambungan Bluetooth daripada sumber yang anda tidak percaya.
•
Hanya pasang dan gunakan perkhidmatan dan perisian daripada sumber yang anda percayai yang menawarkan
keselamatan dan perlindungan yang mencukupi.
•
Pasang perisian antivirus dan perisian keselamatan yang lain pada peranti anda dan mana-mana komputer yang
disambungkan. Hanya gunakan satu aplikasi antivirus pada satu masa. Menggunakan lebih banyak mungkin menjejaskan
prestasi dan operasi peranti dan/atau komputer.
•
Jika anda mengakses penanda buku yang diprapasang dan pautan kepada tapak internet pihak ketiga, ambil langkah
berjaga-jaga yang sewajarnya. Nokia tidak mengendors atau menanggung liabiliti untuk tapak sedemikian.