Nokia C2 05 - Buat panggilan kecemasan

background image

Buat panggilan kecemasan
1

Pastikan peranti dihidupkan.

2

Semak untuk kekuatan isyarat yang mencukupi. Anda juga mungkin perlu melakukan perkara yang berikut:

Masukkan kad SIM.

Nyahaktifkan sekatan panggilan yang telah anda aktifkan untuk peranti anda, seperti sekatan panggilan, dailan

tetap, atau kumpulan pengguna tertutup.

Pastikan profil penerbangan tidak diaktifkan.

3

Tekan kekunci tamat berulang kali, sehingga skrin utama dipaparkan.

Maklumat produk dan keselamatan 37

background image

4

Masukkan nombor kecemasan rasmi untuk lokasi anda pada masa tersebut. Nombor panggilan kecemasan berbeza-beza

mengikut lokasi.

5

Tekan kekunci panggil .

6

Berikan semua maklumat yang diperlukan seberapa tepat yang mungkin. Jangan tamatkan panggilan sehingga diberikan

kebenaran untuk melakukan sedemikian.

Penting: Aktifkan panggilan selular dan internet, jika peranti anda menyokong panggilan internet. Peranti mungkin cuba

membuat panggilan kecemasan menerusi rangkaian selular dan melalui pembekal khidmat panggilan internet anda.

Sambungan dalam semua keadaan tidak dijamin. Jangan bergantung semata-mata kepada sebarang peranti wayarles untuk

komunikasi penting seperti kecemasan perubatan.