Nokia C2 05 - Mengenai Pengurusan Hak Digital

background image

Mengenai Pengurusan Hak Digital
Apabila menggunakan peranti ini, patuhi semua undang-undang dan hormati adat tempatan, privasi dan hak-hak sah orang

lain termasuk hak cipta. Perlindungan hak cipta boleh menghalang anda daripada menyalin, mengubah suai, atau

memindahkan gambar, muzik, dan kandungan lain.

Pemilik kandungan mungkin menggunakan teknologi perlindungan hak digital (DRM) yang berbeza untuk melindungi harta

intelektual mereka, termasuk hak cipta. Peranti ini menggunakan pelbagai jenis perisian DRM untuk mengakses kandungan

yang dilindungi DRM. Dengan peranti ini anda boleh mengakses kandungan yang dilindungi dengan WM DRM 10 dan OMA DRM

1.0. Jika perisian DRM tertentu gagal untuk melindungi kandungan, pemilik kandungan boleh meminta keupayaan perisian

DRM sedemikian bagi mengakses kandungan dilindungi DRM yang baru dibatalkan. Pembatalan juga mungkin menghalang

pembaharuan kandungan dilindungi DRM sedemikian yang sedia ada dalam peranti anda. Pembatalan perisian DRM sedemikian

tidak menjejaskan penggunaan kandungan yang dilindungi dengan jenis DRM yang lain atau penggunaan kandungan yang

tidak dilindungi DRM.

Kandungan pengurusan hak digital (DRM) yang dilindungi disediakan dengan lesen berkaitan yang mentakrifkan hak anda

untuk menggunakan kandungan tersebut.

Jika peranti anda mempunyai kandungan yang dilindungi WMDRM, lesen dan juga kandungan hilang jika memori peranti

diformatkan. Anda juga mungkin kehilangan lesen dan kandungan jika fail pada peranti anda menjadi rosak. Kehilangan lesen

atau kandungan boleh mengehadkan kebolehan anda untuk menggunakan kandungan yang sama pada peranti anda lagi

sekali. Hubungi pembekal khidmat anda untuk maklumat lanjut.

36 Maklumat produk dan keselamatan