
Jaga peranti anda
Kendalikan peranti anda, bateri, pengecas dan aksesorinya dengan cermat. Cadangan yang berikut membantu anda melindungi
perlindungan waranti anda.
Maklumat produk dan keselamatan 35

•
Pastikan peranti ini sentiasa kering. Pemendakan, kelembapan, dan semua jenis cecair atau lembapan mungkin
mengandungi mineral-mineral yang menghakis litar elektronik. Jika peranti anda menjadi basah, keluarkan baterinya,
dan biarkan peranti kering.
•
Jangan gunakan atau simpan peranti di tempat yang berhabuk dan kotor. Bahagian yang bergerak dan komponen
elektroniknya boleh menjadi rosak.
•
Jangan simpan peranti pada suhu yang tinggi. Suhu tinggi boleh memendekkan hayat peranti, merosakkan bateri, dan
meledingkan atau mencairkan plastik.
•
Jangan simpan peranti pada suhu yang sejuk. Apabila peranti memanas kembali kepada suhu normalnya, lembapan boleh
terbentuk di dalam peranti dan merosakkan litar elektronik.
•
Jangan cuba membuka peranti ini dengan cara yang lain daripada yang diarahkan dalam panduan pengguna.
•
Pengubahsuaian yang tidak diluluskan boleh merosakkan peranti ini dan melanggar peraturan yang mentadbir peranti
radio.
•
Jangan jatuhkan, ketuk atau goncang peranti ini. Pengendalian kasar boleh memecahkan papan litar dalaman dan
kefungsian mekanikal.
•
Hanya gunakan kain yang lembut, bersih, kering untuk membersihkan permukaan peranti.
•
Jangan cat peranti ini. Cat boleh menyebabkan bahagian yang boleh digerakkan menjadi tersendat dan menghalang
operasi sempurna.
•
Matikan peranti dan keluarkan bateri dari semasa ke semasa untuk mendapatkan prestasi yang optimum.
•
Jauhkan peranti anda daripada magnet atau medan magnet.
•
Untuk memastikan data penting anda selamat, simpannya di sekurang-kurangnya dua tempat berasingan, seperti peranti
anda, kad memori, atau komputer, atau tulis maklumat penting.