Nokia C2 05 - Maklumat bateri dan pengecas

background image

Maklumat bateri dan pengecas
Peranti anda bertujuan untuk digunakan dengan bateri boleh dicas semula BL-4C . Nokia mungkin membuat model bateri

tambahan tersedia untuk peranti ini. Sentiasa gunakan bateri asli Nokia.

Peranti ini bertujuan untuk digunakan apabila dibekalkan kuasa dari pengecas yang berikut: AC-3 . Nombor model pengecas

Nokia yang tepat mungkin berbeza-beza bergantung pada jenis palam, yang dikenal pasti oleh E, X, AR, U, A, C, K, B atau N.

Bateri boleh dicas dan dinyahcas beratus-ratus kali, tetapi lama kelamaan ia akan haus. Apabila masa bual dan masa siap sedia

nyata lebih pendek dari biasa, gantikanlah bateri.

Penting: Masa bual dan masa siap sedia hanya anggaran. Masa sebenar dipengaruhi oleh, contohnya, keadaan rangkaian,

tetapan peranti, ciri yang digunakan, keadaan bateri, dan suhu.