
Hantar gambar atau kandungan lain ke peranti lain menggunakan Bluetooth
Gunakan Bluetooth untuk menghantar gambar, video, kad niaga dan kandungan lain
yang dibuat oleh anda ke komputer anda atau telefon atau peranti serasi rakan.
1 Pilih item untuk menghantar.
2 Pilih
Pilihan
>
Hantar
>
Melalui Bluetooth
.
3 Pilih peranti untuk menyambung. Jika peranti yang dikehendaki tidak dipaparkan,
untuk mencarinya, pilih
Carian baru
. Peranti Bluetooth berada dalam lingkungan
jarak dipaparkan.
4 Jika peranti lain memerlukan kod laluan, masukkan kod laluan. Kod laluan, yang
anda boleh tetapkan sendiri, perlu dimasukkan dalam kedua-dua peranti. Kod
laluan dalam beberapa peranti adalah tetap. Untuk butiran, lihat panduan
pengguna peranti.
Kod laluan adalah sah hanya untuk sambungan semasa.
Pilihan yang tersedia mungkin berbeza-beza.
20 Kesambungan