
Masukkan kad SIM dan bateri
Nota: Matikan peranti dan cabut pengecas dan sebarang peranti lain sebelum
menanggalkan sebarang penutup. Elakkan daripada menyentuh komponen elektronik
semasa menukar sebarang penutup. Sentiasa simpan dan gunakan peranti dengan
sebarang penutupnya terpasang.
Penting: Peranti ini direka bentuk untuk digunakan dengan kad SIM standard (lihat
rajah) sahaja. Penggunaan kad SIM yang tidak serasi boleh merosakkan kad atau peranti
dan boleh merosakkan data yang disimpan pada kad. Sila rujuk dengan operator mudah
alih anda untuk penggunaan kad SIM yang mempunyai potongan mini-UICC.
Penting: Untuk mengelakkan kerosakan kepada kad SIM, sentiasa keluarkan bateri
sebelum anda memasukkan atau mengeluarkan kad.
Telefon ini bertujuan untuk digunakan dengan bateri BL-4C. Sentiasa gunakan bateri
asli Nokia.
Kad SIM dan kenalannya boleh rosak dengan mudah melalui calaran atau
pembengkokan, maka, berhati-hati semasa mengendalikan, memasukkan atau
mengeluarkan kad.
1 Letakkan jari anda di dalam relung di bahagian atas telefon, dan berhati-hati
semasa mengangkat dan mengeluarkan penutup belakang (1).
2 Jika bateri dimasukkan angkat bateri keluar (2).
6
Bermula

3 Masuk atau keluarkan kad SIM (3 atau 4). Pastikan kawasan sesentuh kad menghala
ke bawah.
4 Bariskan sesentuh bateri dan petak, dan masukkan bateri (5). Untuk meletakkan
semula penutup belakang, halakan kancing pengunci bawah ke arah slot (6), dan
tekan ke bawah sehingga penutup dikunci ke tempatnya (7).